Monday, November 9, 2009

Ikan Keli...

Ma nak mak bawa apa lagi? Ma nak ikan goreng ke?

Tak payah la mak. Susahkan mak je.

Ma nak ikan keli ke. Nanti mak bawa.

TUJUH hari lagi. Insyaallah saya tak perlu risau pasal soal jawab pegawai imigresen nanti. Mak akan ditemani oleh Opah Kenet. Dia memang terer bab travel.

Seronok. Seronok. Alhamdulillah.

Saturday, November 7, 2009

Bil Telefon Melambung...


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung.Si suami memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang mengenai perkara itu.


Suami: "Ini dah melampau.Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah guna telefon tempat ayah bekerja."


Isteri:"Saya pun sama,saya guna telefon tempat saya bekerja."


Anak:"Oh maaf....saya gunakan SMS saja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga."


Bibik: "Jadi apa masalahnya? Semua orang pun gunakan telefon tempat bekerja . Sama pun saya."


Adoi. Bibik. Bibik...

Friday, November 6, 2009

Semakin Dekat...





Insyaallah, masanya semakin hampir untuk bertemu dengannya.

Tinggal 10 hari lagi sebelum saya dapat memeluk dan mencium pipinya.


Rindu bau dia.

Ya.. 10 hari.

Sekejap je lagi.

Sabar ya Irma.

Semoga Allah permudahkan perjalanannya.

Ameen.



Thursday, November 5, 2009

Doaku...




Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Tuesday, November 3, 2009

Merajuk...

video

Buah hati saya merajuk. :D

Monday, November 2, 2009

Pabila Mentari Tersenyum Girang...





~Mood Berangan~

Nak naik bas dua tingkat.

Duduk di tingkat atas.

Depan.

Sambil menikmati pemandangan musim luruh.


~Google Picture~

~Google Picture~

Bila..?? Kena tunggu mood nak naik bas datang. :D

Esok ramalan cuaca takde gambar matahari.

T________________T

Bibik SABAR.

Friday, October 30, 2009

Autumn Oh Autumn.....

Subhanallah. Masyaallah.

Cantik. Segala pujian kembali kepada Yang Maha Pencipta.



Tak terucap dengan kata-kata.


Apatah lagi mereka yang merasainya.


Penghargaan diberikan buat insan tersayang Zuryna Muda kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang di ambil semasa lawatan beliau ke Ireland.


Anda teruja. Jom datang merasai sendiri pengalaman berjalan di musim luruh sambil mendengar desiran angin berhembus.


Ceeeewaahhh. Yolah bibik...!!


Bak kata Airasia


Semua orang boleh terbang...



Jom jadi Superman. Weeeehooooo..!!!


Zam... Zam... Ala kazam...Weeeiiiiuuuu...!!! kahkahkahhhh.